Monday, March 5, 2007




SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SIPUT

LUBOK CHINA

MELAKA









VISI SEKOLAH

  • Mencapai tahap cemerlang dalam kurikulum dan sahsiah yang terpuji.


  • Mencapai tahap Sekolah Cemerlang menjelang tahun 2010.


MISI SEKOLAH

  • Mempertingkatkan kualiti pendidikan dan merealisasikan sasaran ke arah Sekolah Cemerlang.





En. Samah bin Marof ( Guru Besar )




SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Sungai Siput adalah sebuah sekolah yang telah dibina pada tahun 1925. Guru Besar yang pertama ialah Encik Agam bin Lambak. Datuk Penghulu yang pertama ialah En. Karim bin Abdullah.
Pada tahun 1925 , Sekolah Kebangsaan Sungai Siput mempunyai 4 buah billik darjah iaitu kelas Tahun 1 hingga kelas Tahun 4. Bilangan murid pula seramai 36 orang dan 5 orang guru. Para pelajar yang belajar di sekolah ini adalah datangnya dari 3 buah kampung iaitu Kampung Sungai Jerneh, Kampung Berisu dan Kampung Sungai Siput sendiri. Ini disebabkan kerana Kampung Sungai Jerneh dan Kampung Berisu tidak mempunyai sekolah ketika itu.
Pada awal tahun 30an dua buah kuarters guru (rumah guru) telah dibina di dalam kawasan sekolah. Kuarters ini digunakan untuk kemudahan guru-guru yang tinggal jauh dari kampung ini.

Pada tahun 1960an 3 buah bilik darjah telah dibina untuk menampung jumlah murid yang semakin meningkat . Bilik ini dibina dengan mengubahsuai bangunan lama.
Oleh kerana jumlah murid semakin bertambah , sebuah bangunan tambah telah dibina pada tahun 1970an. Bangunan ini terdiri daripada 3 buah bilik darjah, bilik guru, pejabat, bilik air dan dua buah stor. Pada tahun 1998 bangunan tambahan sementara telah dibina berhampiran dengan padang sekolah. Bangunan ini mengandungi 3 buah bilik darjah. Bangunan ini dibina kerana bangunan lama terpaksa dirobohkan atas faktor keselamatan. Bangunan yang lama telah dirobohkan pada tahun 1999. Bangunan ini siap dan boleh digunakan pada Ogos 2000. Bangunan ini mengandungi 6 buah bilik darjah, bilik air dan stor. Bangunan ini dibina di bawah pentadbiran Guru Besar, Tuan Haji Kamaludin bin Mohd Nor.
Pada tahun 1995 kuarters guru yang lama telah dirobohkan. Kuarters ini telah digantikan dengan 2 buah rumah guru yang lebih selesa. Kuarters ini telah dirobohkan dengan kerjasama daripada guru-guru, AJK PIBG dan beberapa orang penduduk kampung.
Pada tahun 1997 juga bangunan Pra Sekolah telah dibina. Bangunan ini dibina berasingan dari sekolah dan merupakan Pra Sekolah pertama di Malaysia yang dibina berasingan dari sekolah. Bangunan ini mempunyai ruang belajar yang selesa, sebuah dapur dan sebuah bilik air. Taman permainan juga dibina berhampiran dengan bangunan , khas untuk murid-murid Pra Sekolah. Guru Pra Sekolah yang pertama dan hingga kini ialah Puan Nuzhah bt Mohd Yusoff. Bangunan Pra Sekolah dan Rumah Guru ini dibina di bawah pentadbiran Guru Besar Tuan Haji Rahmat Bin Md. Akib.
Mulai tahun 2001, En Samah bin Marof pula yang mengambil alih pentadbiran Sekolah Kebangsaan Sungai Siput hinggalah ke hari ini.
Disediakan Oleh : Rozilah Husin 0123521217